Pensijilan dan Akreditasi

Prosedur dan piawaian pemeriksaan kenderaan PUSPAKOM diiktiraf dan diperakui dengan beberapa Standard Malaysia dan selaras dengan piawaian antarabangsa seperti garis panduan yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pemeriksaan Kenderaan Bermotor Antarabangsa (CITA). Peralatan dan teknologi pemeriksaan kenderaan yang diterima pakai oleh PUSPAKOM adalah serupa dengan kebanyakan negara lain yang menjalankan pemeriksaan kenderaan. Jenis peralatan yang digunakan di PUSPAKOM diakreditasi oleh makmal antarabangsa yang diakui dan juga ditentukur dan disahkan secara berkala oleh makmal yang diakreditasi. Pemeriksa Kenderaan di PUSPAKOM adalah berkelayakan dan diperakui mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987. Selain itu, perkhidmatan dan sistem pengurusan PUSPAKOM sentiasa dipantau oleh Jabatan Pengangkutan Jalan dengan Petunjuk Prestasi Utama tertentu serta beberapa agensi-agensi lain.

Sepanjang dua dekad yang lalu, PUSPAKOM telah menerima pelbagai pengiktirafan dan akreditasi, bukan sahaja di dalam negeri tetapi juga di peringkat antarabangsa. Ini telah memberi motivasi untuk berusaha ke arah merealisasikan matlamat kami untuk menjadi badan pemeriksaan yang diiktiraf secara global dalam pemeriksaan keselamatan kenderaan. Melalui pematuhan yang ketat terhadap piawaian dan amalan antarabangsa, kami telah mencapai jaminan kualiti tertinggi dan menerima pensijilan serta pentauliahan berasaskan industri. Ini termasuk:

Skim Akreditasi Badan Pemeriksa Malaysia (MIBAS) & MS ISO/IEC 17020:2012:
Penilaian pematuhan - Keperluan untuk Operasi Berbagai Jenis Badan Menjalankan Pemeriksaan

MS ISO 9001:2015: Sistem Pengurusan Kualiti (QMS)

 

ISO 39001:2012: Sistem Pengurusan Keselamatan Trafik Jalan Raya (RTSMS)

 

MS ISO/IEC 27001:2013: Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS)

 

test