Soalan Lazim

Mengenai Pemeriksaan

1. Apakah jenis pemeriksaan yang ditawarkan oleh PUSPAKOM?
Kami menawarkan pelbagai pemeriksaan untuk kenderaan perdagangan dan persendirian, dari pemeriksaan mandatori kepada pemeriksaan kenderaan sukarela. Sila rujuk menu "Pemeriksaan" untuk mendapatkan maklumat lanjut. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai jenis pemeriksaan yang diperlukan untuk kenderaan anda, sila hubungi kami di 1-800-88-6927.
2. Adakah saya sendiri perlu membawa kenderaan untuk pemeriksaan?
Pemilik atau wakil dibenarkan membawa kenderaan untuk diperiksa. Walau bagaimanapun, jika pemilik melantik seorang wakil, dia perlu menandatangani Surat Kebenaran dan menyerahkannya ke pusat pemeriksaan yang dilawati.
3. Berapa lamakah proses pemeriksaan?
Kebanyakan pemeriksaan akan mengambil masa sejam selepas bayaran dibuat.
4. Berapa lamakah laporan pemeriksaan akan siap?
Sebaik sahaja pemeriksaan selesai, kami akan mengeluarkan laporan pemeriksaan kenderaan yang dijana komputer.
5. Apakah yang akan diperiksa oleh pemeriksa kenderaan semasa pemeriksaan?
Setiap jenis pemeriksaan mempunyai item pemeriksaan yang berbeza. Secara umum, terdapat kira-kira 10 item pemeriksaan utama. Sila rujuk kepada "Bahagian Pemeriksaan" untuk setiap jenis pemeriksaan.
6. Adakah saya dibenarkan untuk memasuki lorong pemeriksaan untuk menyaksikan proses pemeriksaan?
Bagi tujuan kesihatan dan keselamatan, pelanggan dinasihatkan untuk menunggu di kawasan menunggu yang ditetapkan.
7. Bagaimanakah sekiranya saya kehilangan laporan pemeriksaan atau perakuan pemeriksaan?
Jika anda kehilangan laporan pemeriksaan atau perakuan pemeriksaan, anda perlu kembali ke pusat pemeriksaan asal di mana pemeriksaan terdahulu dijalankan untuk mendapatkan salinan laporan pemeriksaan. Yuran RM25 untuk laporan pemeriksaan dan RM20 untuk perakuan pemeriksaan akan dikenakan.
8. Berapa lamakah tempoh sah laporan Pemeriksaan Tukar Milik?
Laporan ini hanya sah selama 60 hari. Jika telah melebihi tempoh sah 60 hari, kenderaan anda perlu menjalani pemeriksaan yang sama sekali lagi.
9. Bagaimanakah jika saya tidak bersetuju dengan hasil pemeriksaan kenderaan yang dijalankan?
Sekiranya anda mempunyai keraguan mengenai hasil pemeriksaan, sila hubungi pengurus cawangan untuk pertanyaan lanjut.

Perkhidmatan Pemeriksaan Bergerak

1. Apakah Perkhidmatan Pemeriksaan Bergerak?
Perkhidmatan Pemeriksaan Bergerak menawarkan pemeriksaan kenderaan dari pintu ke pintu yang mudah dan selesa. Kami memenuhi keperluan pelanggan untuk individu dan korporat. Pasukan kami bersedia melayani anda pada bila-bila masa atau lokasi pilihan anda.
2. Apakah waktu operasi Perkhidmatan Pemeriksaan Bergerak?
Pasukan kami beroperasi dari Isnin hingga Jumaat, 8:30 pagi - 5:30 petang.
3. Adakah Perkhidmatan Pemeriksaan Bergerak berada di Sabah dan Sarawak?
Tidak. Pada masa ini, Perkhidmatan Pemeriksaan Bergerak hanya ditawarkan di Semenanjung Malaysia sahaja.
4. Berapakah kos untuk mendapatkan perkhidmatan pemeriksaan ini?
Bergantung pada jumlah kenderaan, caj perkhidmatan utama bermula dari serendah RM60 setiap kenderaan.
5. Adakah Perkhidmatan Pemeriksaan Bergerak mengeluarkan laporan / keputusan?
Ya, laporan / keputusan akan dikeluarkan selepas pemeriksaan selasai.
6. Adakah saya perlu membuat temujanji untuk menggunakan Perkhidmatan Pemeriksaan Bergerak?
Anda perlu menghubungi pusat panggilan kami di 1-800-22-2210 untuk mengatur janji temu, selewat-lewatnya dua hari sebelum tarikh pemeriksaan yang anda kehendaki
7. Apakah jenis pemeriksaan yang ditawarkan oleh Perkhidmatan Pemeriksaan Bergerak?
Perkhidmatan Pemeriksaan Bergerak menawarkan pelbagai jenis pemeriksaan. Sila rujuk halaman Pemeriksaan Bergerak untuk maklumat lanjut.

Maklumat Am

1. Mengapakah keadaan kenderaan yang selamat dipandu di jalan raya itu penting?
Keadaan kenderaan yang sesuai dan selamat dipandu di jalan raya ini penting kerana ianya tidak bersifat kekal. Sesebuah kenderaan itu mungkin sesuai dipandu di jalanraya pada hari ini tetapi tidak esok jika terdapat kegagalan pada komponen kenderaan. Oleh itu, pemeriksaan kenderaan adalah penting untuk memeriksa keadaan kenderaan dan memastikan ia selamat digunakan di jalan raya.
2. Di mana pusat pemeriksaan PUSPAKOM yang terdekat dengan saya?
Terdapat 56 pusat pemeriksaan tetap di seluruh negara dan lebih daripada 26 tapak lawatan. Sila rujuk halaman Pusat Pemeriksaan kami untuk mengetahui pusat pemeriksaan berhampiran anda.
3. Apakah waktu operasi pusat pemeriksaan PUSPAKOM?
Pusat pemeriksaan kami beroperasi dari 8.00 pagi - 5.00 petang (Isnin hingga Jumaat) dan 8.00 pagi - 1.00 petang (Sabtu). Sementara untuk cawangan di Johor, Kedah, Terengganu dan Kelantan, kami mula beroperasi dari 8.00 pagi - 5.30 petang (Ahad hingga Khamis). Sila klik di sini cawangan untuk maklumat lanjut.
4. Berapakah kos pemeriksaan dan apakah kaedah pembayaran yang ada?
Bayaran pemeriksaan berbeza-beza mengikut jenis pemeriksaan dan jenis kenderaan. Ia bermula dari serendah RM20 hingga RM90 sahaja (tidak termasuk 6% daripada GST). Kami menerima wang tunai sebagai kaedah pembayaran.
5. Bagaimanakah saya boleh menghubungi PUSPAKOM sekiranya saya mempunyai sebarang pertanyaan?
Sila hubungi kami di 1-800-88-6927 dari Isnin hingga Jumaat, 8.30 pagi - 5.45 petang, atau e-mel kepada kami di customerservice@puspakom.com.my . Wakil khidmat pelanggan kami akan membantu anda.
6. Adakah saya perlu membuat temujanji untuk pemeriksaan, dan jika ya, bagaimana saya boleh melakukannya?
Kami menggalakkan pelanggan kami untuk membuat temujanji. Sila rujuk di sini, tempahan temujanji untuk maklumat lanjut.
test