Unit Bergerak Trak
(untuk komersial berat)

Pendahuluan

Tidak kira di mana anda berada, PUSPAKOM boleh menjalankan pemeriksaan di lokasi anda dengan menggunakan 3 jenis perkhidmatan bergerak kami – Unit Bergerak Trak, Unit Bergerak Trak Ringan dan Unit Bergerak Van. Kami memastikan perkhimatan kami memenuhi permintaan pelanggan samada pelanggan individu dan juga korporat.

 

Mudah, Jimat Masa dan Kos

Unit Bergerak Trak dan Trak Ringgan merupakan treler yang boleh ditranformasi menjadi pusat pemeriksaan yang serba lengkap. Ia sesuai untuk kawasan luar bandar dan syarikat besar yang mempunyai banyak kenderaan berat. Unit ini mampu menjalankan pemeriksaan bagi kenderaan komersil berat dan juga ringan.

Ia membantu anda menjimatkan masa dan kos perjalanan membawa kenderaan ke pusat pemeriksaan. Ini akan meningkatkan produktiviti perniagaan anda seterusnya mengurangkan kos operasi.

Laporan pemeriksaan akan dikeluarkan pada hari yang sama.

Fi

Bergantung pada jumlah kenderaan yang diperiksa, caj perkhidmatan bermula dari serendah RM60 setiap kenderaan selain daripada fi pemeriksaan individu.

Jenis pemeriksaan dan kenderaan 

Kami menawarkan perkhidmatan seperti Pemeriksaan Awalan, Pemeriksaan Berkala, Pemeriksaan Tukar-Milik, Pemeriksaan Khas dan Pemeriksaan Sewa Beli. Dari kenderaan berat seperti penggerak utama, treler, separa treler, kepada kenderaan ringan seperti kenderaan komersial dan kenderaan persendirian boleh menggunakan perkhidmatan Unit Bergerak Trak kami.

 

Item pemeriksaan

Pemeriksa kenderaan kami yang terlatih akan memandu kenderaan anda ke lorong pemeriksaan dan menjalankan pemeriksaan.

  • Bahagian pemeriksaan adalah seperti berikut:

Kawasan Liputan

Pada ketika ini, kami hanya menawarkan pemeriksaan bergerak di Semenanjung Malaysia sahaja.

 

Kenapa tunggu? Buat temujanji dengan kami hari ini

 

How to make an appointment? Click here

test