Error
  • JUser: :_load: Unable to load user with id: 49

logoleft_pmi

icon_wearound

CARIAN PUSAT PEMERIKSAAN

Cari Pusat PUSPAKOM terdekat anda

icon_family

SERTAI KAMI

Jawatan Kosong Terkini

Print

Di PUSPAKOM, kami menghormati privasi anda. Garis panduan kami untuk melindungi maklumat yang anda berikan kepada kami semasa melawat laman web kami diterangkan di bawah.

Pengumpulan dan penggunaan maklumat

Kami mengumpul maklumat yang diberikan oleh pelawat apabila mereka berdaftar dengan buletin kami atau apabila mengemukakan borang pertanyaan secara dalam talian. Kami menggunakan maklumat ini untuk mentadbir aktiviti perniagaan kami, menambahbaikkan laman web kami, menyediakan perkhidmatan pelanggan dan menyediakan produk dan perkhidmatan yang lain untuk pelanggan dan bakal pelanggan kami. Kami tidak mendedahkan maklumat pengenalan peribadi anda kepada pihak ketiga yang bukan anggota kami. Kami tidak menjual, menyewakan atau berkongsi apa-apa maklumat pelanggan yang kami peroleh daripada laman web kami.

Jika anda memberikan alamat e-mel dan nombor telefon anda, kami akan menghantar e-mel atau SMS untuk menyampaikan maklumat tentang produk dan perkhidmatan baharu atau acara yang akan diadakan. Jika anda tidak mahu lagi menerima e-mel atau panggilan telefon tersebut, anda bolehlah berbuat demikian dengan mengklik pautan “Hentikan Langganan” atau “Unsubscribe” yang disertakan dalam e-mel tersebut, atau hantarkan sahaja e-mel kepada kami di: This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. .

Selain maklumat yang anda berikan itu, pelayan web (web server) kami secara automatik akan mengumpul maklumat, seperti nama domain bagi laman web yang menyediakan akses Internet untuk anda, alamat protokol Internet (IP) yang digunakan untuk menyambungkan komputer anda ke Internet, jenis dan versi pelayar (browser) anda, sistem operasi dan platform, purata masa yang digunakan di laman web kami, halaman yang dilihat, maklumat yang dicari, masa akses dan statistik lain yang berkaitan. Kami menggunakan maklumat ini untuk memastikan pengguna tidak dibenarkan, tidak mengakses maklumat di laman web kami, dan pada keseluruhannya, untuk mengukur penggunaan laman web kami dan untuk mentadbir serta menambahbaikkan kualiti laman web kami.

Cookies

Cookies menyimpan data dalam pemacu keras (hard drive) pengguna dan ia mengandungi maklumat tentang pengguna. Kami berhak untuk menggunakan cookies di laman web kami. Kami menggunakan cookies untuk meninjau dan mengesan minat pengguna supaya kami dapat menambahbaikkan kualiti laman web kami. Jika pelayar (browser) anda menolak cookies, laman web kami tetap dapat digunakan.

Dengan menggunakan laman web kami, anda membenarkan kami mengumpul dan menggunakan maklumat anda seperti yang diterangkan dalam Dasar Privasi ini. Kami berhak untuk mengubah suai Dasar Privasi ini dan amalan perniagaan yang berkaitan pada bila-bila masa dengan menyiarkan teks yang dikemaskinikan di laman web ini. Sila rujuk halaman ini dari semasa ke semasa untuk mengetahui perubahan terkini.

Terima kasih kerana melawat laman web kami dan meluangkan masa untuk membaca Dasar Privasi ini.

Jika anda mempunyai soalan berkenaan dengan Dasar Privasi ini atau maklumat yang telah anda berikan, sila hubungi : This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Bookmark and Share

PENGUMUMAN

Berita dan informasi terkini tentang PUSPAKOM dan perkhidmatannya.

POLISI PEMBERI MAKLUMAT

Kami menggalakkan anda untuk memaklumkan kepada kami jika anda mengesyaki atau mengetahui sebarang aktiviti salah laku, atau rasuah di PUSPAKOM.

SOALAN LAZIM

Untuk sebarang pertanyaan, sila rujuk soalan-soalan lazim di sini.