Error
  • JUser: :_load: Unable to load user with id: 49

logoleft_pmi

icon_wearound

CARIAN PUSAT PEMERIKSAAN

Cari Pusat PUSPAKOM terdekat anda

icon_family

SERTAI KAMI

Jawatan Kosong Terkini

Print

Adakah anda mengesyaki atau mengetahui berlakunya sebarang salah laku atau rasuah di PUSPAKOM? Jika ya, sila maklumkan hal ini kepada kami.


Kami berjanji :

  • Anda akan dilindungi dan identiti anda akan dirahsiakan.
  • Kami akan mengambil tindakan segera untuk menyiasat laporan anda.
  • Anda juga mungkin diberikan ganjaran atas maklumat anda.

Dasar pemberi maklumat

Kami menggalakkan pekerja kami, pelanggan kami dan orang ramai supaya melaporkan apa-apa kelakuan yang mungkin menyalahi undang-undang, tidak beretika atau perbuatan yang dianggap salah.

Dasar Pemberi Maklumat ini wujud untuk memastikan bahawa setiap pemberi maklumat dilindungi dan tidak boleh tertakluk kepada tindak balas, dan untuk memastikan bahawa kebimbangan mereka disiasat dengan sewajarnya.

Pemberi maklumat dilindungi daripada dibuang kerja atau dihukum oleh PUSPAKOM, dan kami akan mempertimbangkan pengurangan hukuman jika pemberi maklumat itu sendiri terlibat dalam aktiviti yang dia laporkan. Kami akan mengkaji semula dasar kami setiap dua tahun untuk menilai keberkesanannya.

Sila Maklumkan Kebimbangan Anda

Kami ingin mendengar daripada anda jika anda mengetahui berlakunya mana-mana aktiviti yang berikut:

  • Kejadian penipuan yang disyaki atau yang benar-benar berlaku.
  • Kelakuan atau aktiviti yang melanggar undang-undang yang disyaki atau yang benar-benar berlaku.
  • Pelanggaran dasar atau prosedur PUSPAKOM yang disyaki atau yang benar-benar berlaku.
  • Kelakuan mengelirukan atau memperdaya yang disyaki atau yang benar-benar berlaku, termasuk tindakan atau representasi yang menyebabkan perakaunan yang tidak betul atau mengelirukan.
  • Situasi di bawah kawalan Syarikat yang menimbulkan bahaya kepada alam sekitar.
  • Perkara audit, termasuk pendedahan atau subversi mana-mana proses audit dalaman atau luaran.
  • Pelanggaran kerahsiaan.

Untuk melaporkan kejadian, sila hubungi mana-mana individu berikut, melalui e-mel, telefon atau surat. Pengurus ini akan bertindak segera untuk menyiasat isu tersebut:

  • Ketua Pegawai Eksekutif
    E-mel : shukor.ismail@puspakom.com.my
  • Ketua Pegawai Kewangan
    E-mel : alantaslim.alias@puspakom.com.my
  • Ketua Jabatan Risikan dan Pemantauan
    E-mel : whistleblower@puspakom.com.my
  • No. Telefon : 03-2052 8989

Kirimkan surat kepada:
Ketua Pegawai Eksekutif
PUSPAKOM Sdn. Bhd.,
Tingkat 3, Wisma DRB-HICOM,
No.2, Jalan Usahawan U1/8,
Section U1, 40150  Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

Bookmark and Share

PENGUMUMAN

Berita dan informasi terkini tentang PUSPAKOM dan perkhidmatannya.

POLISI PEMBERI MAKLUMAT

Kami menggalakkan anda untuk memaklumkan kepada kami jika anda mengesyaki atau mengetahui sebarang aktiviti salah laku, atau rasuah di PUSPAKOM.

SOALAN LAZIM

Untuk sebarang pertanyaan, sila rujuk soalan-soalan lazim di sini.