logoleft_pmi

icon_wearound

CARIAN PUSAT PEMERIKSAAN

Cari Pusat PUSPAKOM terdekat anda

icon_family

SERTAI KAMI

Jawatan Kosong Terkini

Print

Gambaran umum penyelenggaraan dan penentukuran kami

PUSPAKOM telah meletakkan keutamaan yang tinggi pada penyelenggaraan dan penentukuran peralatan ujian. Tindakan pencegahan berjadual harian, bulanan dan suku tahunan telah menjadi aktiviti teras dalam syarikat bagi memastikan ‘downtime’ operasi ditahap minimum. Tindakan pembetulan yang efektif melalui peningkatan kemahiran, rantaian bekalan alat ganti yang cekap dan komunikasi yang lebih cepat telah menjadi ramuan kami dalam mengekalkan peratusan kurang dari 5% ‘downtime’ peralatan pada setiap sebulan di semua pusat pemeriksaan PUSPAKOM di seluruh negara.


Bagi kerja tentukuran, peralatan mandatori kami ditentukur secara berkala oleh Makmal Metrologi Kebangsaan SIRIM selaku pihak berkuasa kompeten. Selain dari itu, kerja-kerja penentukuran juga dipantau dan disaksikan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di semua pusat pemeriksaan PUSPAKOM di seluruh negara. Ini merupakan cara bagaimana kita menunjukkan ketelusan diantara penentukuran pihak ke-3 dan penguatkuasaan kerajaan.

Kebolehulangan Peralatan dan Kebolehkeluaran (ER & R)

PUSPAKOM telah melaksanakan program ‘Equipment Repeatability and Reproducibility (ER&R)’ (berdasarkan kepada analisa ‘Gauge Repeatability and Reproducibility (GR&R)’) yang merupakan ukuran keupayaan sesuatu peralatan untuk menjana bacaan dan keputusan yang telus, tepat, jitu dan konsisten pada setiap masa. Proses pengukuran dijalankan mengikut ciri-ciri atau parameter yang telah dipatuhi dalam Prosedur Operasi Standard (SOP) kami.

Aktiviti ER&R telah dijalankan secara berkala di semua cawangan dan lorong pemeriksaan berperalatan. Ia merangkumi peralatan Gelincir Sisi, Alat PengujianSuspensi, Alat Pengujian Brek dan Alat Pengujian Asap. Proses pengukuran dan verifikasi ini dilaksanakan dengan menggunakan Kereta Ujian khasdan diuji oleh Pemeriksa Kenderaan yang kompeten.

Bookmark and Share

PENGUMUMAN

Berita dan informasi terkini tentang PUSPAKOM dan perkhidmatannya.

POLISI PEMBERI MAKLUMAT

Kami menggalakkan anda untuk memaklumkan kepada kami jika anda mengesyaki atau mengetahui sebarang aktiviti salah laku, atau rasuah di PUSPAKOM.

SOALAN LAZIM

Untuk sebarang pertanyaan, sila rujuk soalan-soalan lazim di sini.