Error
  • JUser: :_load: Unable to load user with id: 45

logoleft_pmi

logoleft_hpi

logoleft_ivic

icon_wearound

CARIAN PUSAT PEMERIKSAAN

Cari Pusat PUSPAKOM terdekat anda

icon_family

SERTAI KAMI

Jawatan Kosong Terkini

Print

Dalam usaha untuk menyediakan perkhidmatan yang komprehensif di seluruh Malaysia, kami mempunyai pelbagai kemudahan pemeriksaan, daripada Pusat Pemeriksaan yang besar di pusat bandar sehinggalah perkhidmatan ‘lawatan’ untuk pelanggan kami yang berada di kawasan terpencil di negara ini.


Ketahui dengan lebih lanjut perkhidmatan pemeriksaan yang terdapat di tempat anda :

1. Pusat Pemeriksaan Tetap

Kini terdapat lebih daripada 70 Pusat Pemeriksaan PUSPAKOM di seluruh Malaysia. Pusat pemeriksaan ini dilengkapi banyak laluan dan boleh menjalankan sebarang jenis pemeriksaan.

2. Tapak Lawatan

Sebagai satu-satunya syarikat pemeriksa kenderaan di negara ini, adalah penting bagi kami untuk menyediakan perkhidmatan pemeriksaan walaupun untuk pelanggan yang tinggal di kawasan terpencil. Oleh itu, kami sering melawat kawasan terpencil ini untuk memeriksa kenderaan pelanggan kami.

3. Pemeriksaan Bergerak Primer

Elakkan diri daripada terpaksa beratur menunggu. Sebaliknya, biar pihak kami datang menemui anda! Pemeriksaan Bergerak Primer kami menawarkan pelbagai jenis pemeriksaan yang boleh dilakukan sementara anda menunggu di lokasi pilihan anda.

4. Unit Bergerak

Kami membawa Unit Pemeriksaan Bergerak kami ke lokasi terpencil yang tertentu, di mana Pusat Pemeriksaan PUSPAKOM yang terdekat mungkin berada jauh dari situ, atau ke tempat yang menjadi laluan utama lori atau treler berat.

5. Penentukuran Meter Teksi

Kami menyediakan ujian ini di ibu pejabat PUSPAKOM. Kami akan memastikan tambang yang dipaparkan pada meter teksi mematuhi struktur tambang yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.

6. Pengesahan Pelan Kenderaan

Di ibu pejabat PUSPAKOM, kami memeriksa lukisan reka bentuk kenderaan perdagangan yang baharu untuk memastikan bahawa ia memenuhi syarat yang ditetapkan undang-undang, terutamanya yang berkaitan dengan 'Pembinaan dan Penggunaan'.

Bookmark and Share

PENGUMUMAN

Berita dan informasi terkini tentang PUSPAKOM dan perkhidmatannya.

POLISI PEMBERI MAKLUMAT

Kami menggalakkan anda untuk memaklumkan kepada kami jika anda mengesyaki atau mengetahui sebarang aktiviti salah laku, atau rasuah di PUSPAKOM.

SOALAN LAZIM

Untuk sebarang pertanyaan, sila rujuk soalan-soalan lazim di sini.