Error
  • JUser: :_load: Unable to load user with id: 43

logoleft_pmi

icon_wearound

CARIAN PUSAT PEMERIKSAAN

Cari Pusat PUSPAKOM terdekat anda

icon_family

SERTAI KAMI

Jawatan Kosong Terkini

Print

innerbanner_0001_2bm


Company Profile

“Keselamatan Anda, Keutamaan Kami”

Jalan raya kita semakin sibuk: bilangan kenderaan di jalan raya di Malaysia meningkat lebih kurang 1 juta setahun. Oleh itu, kenderaan yang berada di jalan raya perlu dipastikan selamat demi kelancaran perjalanan kita semua.

PUSPAKOM merupakan pakar pemeriksa kenderaan di Malaysia. Pemeriksaan kami melindungi pemandu dan meningkatkan keselamatan jalan raya.


Ditubuhkan pada tahun 1994, PUSPAKOM merupakan anak syarikat milik penuh DRB-HICOM Bhd, sebuah konglomerat yang disenaraikan di Bursa Malaysia. Kami adalah satu-satunya syarikat pemeriksa kenderaan yang dilantik oleh kerajaan Malaysia untuk melakukan semua pemeriksaan mandatori terhadap kenderaan awam dan perdagangan, serta kenderaan persendirian untuk tujuan pembiayaan sewa beli, pindah milik dan insurans.

PUSPAKOM telah mencapai pertumbuhan dan perubahan yang mampan. Kami mengembangkan rangkaian kami ke seluruh negara bagi memastikan pusat pemeriksaan kami berdekatan dengan anda.

Pada hari ini, PUSPAKOM mempunyai 55 Pusat Pemeriksaan di seluruh negara yang juga memberikan perkhidmatan tambahan di 28 lokasi pemeriksaan, dan melakukan lebih dari 3 juta pemeriksaan setiap tahun. PUSPAKOM diberikan konsesi selama 15 tahun buat kali kedua oleh kerajaan pada tahun 2009, dan kami berada di landasan pengembangan dan penambahbaikan berterusan yang akan memenuhi keperluan populasi permotoran negara yang meningkat dengan pesat. Kami berbangga dengan tugas kami dalam menjalankan pemeriksaan kenderaan mengikut piawaian antarabangsa dan kami juga menyokong industri pengangkutan di Malaysia.

Bookmark and Share

PENGUMUMAN

Berita dan informasi terkini tentang PUSPAKOM dan perkhidmatannya.

POLISI PEMBERI MAKLUMAT

Kami menggalakkan anda untuk memaklumkan kepada kami jika anda mengesyaki atau mengetahui sebarang aktiviti salah laku, atau rasuah di PUSPAKOM.

SOALAN LAZIM

Untuk sebarang pertanyaan, sila rujuk soalan-soalan lazim di sini.