Pemeriksaan Kenderaan Secara Sukarela

Apakah Pemeriksaan Kenderaan Secara Sukarela?

 

Pemeriksaan Kenderaan Sukarela membantu anda memahami keadaan kenderaan anda supaya anda dapat memahami dengan lebih baik keperluan penyelenggaraan yang diperlukan bagi memastikan kenderaan anda selamat dan layak berada di atas jalan raya. Sama seperti kesihatan kita, pemeriksaan kenderaan membolehkan anda mengesan potensi kerosakan yang ada pada kenderaan anda. Pengesanan awal diikuti dengan pembaikan dan penyenggaraan yang sewajarnya mampu mempertingkatkan keupayaan kebolehpanduan kenderaan anda di jalan raya. Walaupun ia bukan pemeriksaan mandatori di bawah Akta Pengangkutan Jalan, pemilik kenderaan persendirian sentiasa dialu-alukan menjalani pemeriksaan ini di PUSPAKOM.

 

Fi : RM50.00

Dokumen yang perlu dibawa

  • Kad Pendaftaran Kenderaan atau Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC)

Carta aliran proses pemeriksaan

process flows  bm

*Keutamaan akan diberikan kepada Pemeriksaan Kenderaan Secara Sukarela, pemilik kenderaan atau pemandu boleh datang terus ke pusat pemeriksaan kami yang menawarkan Pemeriksaan Kenderaan Sukarela tanpa perlu membuat temujanji.

Bahagian pemeriksaan

Pemeriksa kenderaan kami yang terlatih akan memandu kenderaan anda ke lorong pemeriksaan dan menjalankan pemeriksaan.
• Bahagian pemeriksaan adalah seperti berikut:

Standard pemeriksaan

PUSPAKOM secara konsisten menyediakan perkhidmatan yang terbaik, dan kami mematuhi piawaian antarabangsa dan jaminan prestasi berkualiti tertinggi dari badan pensijilan dan akreditasi berasaskan industri. Anda boleh merujuk kepada standard pemeriksaan kami di sini.

Pusat pemeriksaan

Tidak perlu membuat temujanji. Datang terus ke mana-mana pusat pemeriksaan yang menawarkan pemeriksaan ini.
Klik sini untuk mencari pusat pemeriksaan berhampiran anda.

Borang Pelepasan Tanggungan

Klik sini Borang Pelepasan Tanggungan untuk mencetak borang
Klik sini untuk Rujukan

test