Beli Insurans dan Menang

00

days


00

hours


00

minutes


00

seconds


Hanya 2 kriteria yang diperlukan untuk mula memperbaharui insurans dengan PUSPAKOM:

i. Anda berusia 18 tahun ke atas.

ii. Anda telah membaca dan bersetuju dengan Dasar Privasi kami.

 

Beli Insurans dan Menang

Lindungi kenderaan anda dengan perkhidmatan insurans PUSPAKOM dan berpeluang memenangi hadiah lumayan!

 

 

Bagaimana cara menyertai?

Langkah 1: Beli insurans motor daripada kami dan berpeluang untuk menang.

Langkah 2: Tidak perlu mengisi borang, anda secara automatik layak mendapat 1 penyertaan untuk setiap polisi yang didaftarkan.

Langkah 3: Pemenang akan dihubungi melalui telefon bimbit yang tertera di polisi insurans.

web

Adakah anda sudah mempunyai insurans motor?

DAPATKAN SEBUT HARGA PERCUMA

Berikan butiran anda dan kami akan emelkan sebut harga secara percuma.
Anda berpeluang memenangi hadiah lumayan apabila anda memperbaharui insurans motor dengan PUSPAKOM dengan minimum premium RM300!
Ya, Saya berminat dengan Insurans Motor!
Ini butiran saya, sila hubungi saya.
 

    Nama

    NRIC

    E-mel

    Nombor Telefon

    Alamat

    Nombor Pendaftaran Kenderaan

    Jenis Kelas (Motosikal / Kenderaan Persendirian / Perdagangan)

    Jenis Perlindungan (Komprehensif – Insurans pihak pertama)/ Pihak ketiga kebakaran dan kecurian / Pihak ketiga –untuk motosikal sahaja)

    Buatan & Model

    Tahun

    CC

    Permohonan Perlindungan Tambahan (i.e. Cermin / Pemandu tidak dinamakan/ Kemalangan peribadi)

    Syarikat Insurans Pilihan

    Mesej

     

    Terma dan Syarat

    1. Penyertaan hanyalah untuk pemilik kenderaan sahaja.
    2. Tempoh penyertaan adalah bermula pada 1 Februari 2021 hingga 30 Jun 2021 sahaja.
    3. Cabutan bertuah akan dilakukan pada minggu pertama bulan berikutnya.
    4. Pihak Penganjur (PUSPAKOM) berhak untuk melanjutkan atau menukar tempoh Cabutan Bertuah pada bila-bila masa tanpa sebarang notis sekiranya difikirkan patut.
    5. Setiap pembelian/pembaharuan insurans premium dengan kadar minimum RM300 dan ke atas akan ditakrifkan sebagai satu penyertaan dan penyertaan adalah melalui cover note daripada pembelian insurans tersebut di PUSPAKOM Teknik Sdn Bhd.
    6. Pemenang akan dihubungi melalui nombor telefon bimbit seperti yang telah tertulis pada ‘cover note’ insurans.
    7. Memberikan butiran nombor telefon bimbit yang tepat adalah tanggungjawab pelanggan.
    8. Pemenang akan dimaklumkan melalui telefon oleh Penganjur. Sekiranya pemenang tidak dapat dihubungi selepas tiga (3) kali percubaan bagi tiga (3) hari berturut-turut, Pihak Penganjur berhak untuk membatalkan kelayakan mereka sebagai pemenang dan Peserta yang layak seterusnya akan dipilih.
    9. Semua hadiah mesti dituntut dalam tempoh 7 hari bekerja selepas berjaya dihubungi oleh Pihak Penganjur. Semua hadiah yang tidak dituntut akan dibatalkan. Tiada tuntutan akan dilayan selepas tempoh tersebut.
    10. Pemenang hendaklah bertanggungjawab dan menanggung liabiliti sepenuhnya jika berlaku sebarang liabiliti, kejadian yang tidak diingini, kecederaan, kerosakan, atau tuntutan setelah menerima hadiah Cabutan Bertuah tersebut.
    11. Pihak Penganjur mempunyai hak untuk menukar hadiah Cabutan Bertuah dengan sesuatu yang hampir sama atau dengan nilai yang lebih rendah seandainya berlaku kejadian dimana hadiah tidak dapat diperolehi. Hadiah dimenangi tidak boleh ditukar milik dan tidak boleh ditukarkan dengan wang tunai, kredit, barangan lain atau baucer sama ada secara sebahagian atau sepenuhnya.
    12. Pemenang hendaklah menebus hadiah di tempat dan tarikh yang akan dimaklumkan oleh Penganjur kelak.
    13. Untuk menuntut hadiah, pemenang-pemenang mestilah menunjukkan cover note asal dan kad pengenalan / salinan kad pengenalan pemilik (tuntutan bagi pihak pemenang) untuk tujuan verifikasi sebagai bukti identiti, yang mana jika gagal, hadiah-hadiah tersebut akan dibatalkan dan sebarang pertanyaan kemudiannya tidak akan dilayan.
    14. Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap pungutan hadiah-hadiah oleh para pemenang. Semua kos untuk tuntutan hadiah adalah tanggungjawab pemenang. Semua pemenang Cabutan Bertuah ini bertanggungjawab ke atas semua cukai, kadar, yuran kerajaan, kos pemasangan atau apa-apa bayaran lain yang mungkin dikenakan ke atas mereka di bawah undang-undang, berhubung dengan hadiah dalam Cabutan Bertuah ini.
    15. Hadiah-hadiah adalah dihasilkan dan diperbuat oleh pihak ketiga (Pembekal). Pemenang perlu berhubung dengan pembekal berkaitan waranti atau kerosakan hadiah yang dimenangi.
    16. Penganjur berhak secara mutlak untuk mengubah, menangguh, menjadualkan semula dan/atau melanjutkan tempoh Cabutan Bertuah dan/atau membatalkan/menamatkan pada bila-bila masa.
    17. Penganjur berhak atas budi bicara mutlaknya untuk menetapkan kaedah cabutan dan pemilihan pemenang pada bila-bila masa tanpa memberi notis terlebih dahulu.
    18. Penganjur berhak mengikut budi bicara tunggal dan mutlaknya mengeluarkan atau membatalkan penyertaan mana-mana Peserta dan/atau penyertaan yang didapati atau disyaki menipu/menggodam/menyalahgunakan proses penyertaan Cabutan Bertuah, operasi Cabutan Bertuah atau melanggar mana-mana terma dan syarat.
    19. Penganjur juga berhak mengubah, meminda, menggugurkan atau menambah terma dan syarat Cabutan Bertuah pada bila-bila masa.
    20. Penganjur mempunyai hak eksklusif untuk mencetak, menyiarkan dan/atau memaparkan butiran dan/atau gambar pemenang untuk tujuan pengiklanan dan publisiti, serta untuk tujuan pengumuman pemenang sama ada dalam media percetakan, elektronik atau media-media lain.
    21. Semua keputusan Penganjur adalah muktamad. Penganjur tidak akan melayan sebarang permintaan untuk merayu atau mempertimbangkan semula keputusan yang telah dibuat.

    *PERHATIAN: Sebarang perhubungan penganjur dengan peserta sama ada melaui surat, telefon, SMS, emel dan sebagainya yang dihantarkan oleh Penganjur kepada para pemenang tidak akan mengandungi sebarang permintaan butiran kewangan, kad kredit, atau akaun bank. Jangan sesekali mendedahkan butiran peribadi anda kepada pihak ketiga tanpa pengesahan. Jika terdapat sebarang kecurigaan, sila hubungi Penganjur.

    test