Pendahuluan
Fi : RM60.00
Dokumen yang perlu dibawa
- Kad Pendaftaran Kenderaan (Asal)/ Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC)/ )/ Salinan Kad Pendaftaran Kenderaan (disahkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan atau Pesuruhjaya Sumpah)
Bahagian pemeriksaan
Pemeriksa kenderaan kami yang terlatih akan memandu kenderaan anda ke lorong pemeriksaan dan menjalankan pemeriksaan.
• Bahagian pemeriksaan adalah seperti berikut:

Bahagian Atas Kenderaan
Periksa keadaan bahagian atas badan kenderaan.

Suspensi
Menguji prestasi sistem suspensi kenderaan.

Identiti
Mengesahkan keaslian kenderaan dengan mengenal pasti nombor pendaftaran, casis dan enjin.

Gelincir Sisi
Menguji penjajaran tayar dan keberkesanan pengendalian semasa penjajaran sisi.

Bahagian bawah kenderaan
Memeriksa keadaan bawah kenderaan.

Cermin Gelap
Mengukur kadar ketelusan cahaya cermin kenderaan.

Brek
Memeriksa prestasi brek termasuk kecekapan brek dan ketidakseimbangan brek.

Pelepasan Asap
Mengukur tahap pelepasan asap atau gas yang dikeluarkan dari enjin kenderaan untuk memastikan ia tidak melebihi had undang-undang yang ditetapkan.

Meter Laju
Memeriksa ketepatan meter kelajuan berbanding kelajuan pada roda.
Standard pemeriksaan
PUSPAKOM secara konsisten menyediakan perkhidmatan yang terbaik, dan kami mematuhi piawaian antarabangsa dan jaminan prestasi berkualiti tertinggi dari badan pensijilan dan akreditasi berasaskan industri. Anda boleh merujuk kepada standard pemeriksaan kami di sini.
Pusat pemeriksaan
Klik sini untuk mencari pusat pemeriksaan berhampiran anda.
Kenapa tunggu? Buat temujanji dengan kami hari ini
Bagaimana untuk membuat temujanji? Klik sini