Lain-lain Perkhidmatan

Untuk kemudahan pelanggan, kami juga menawarkan pelbagai perkhidmatan dan menjadikan PUSPAKOM sebagai pusat sehenti dimana pemilik kenderaan dapat melakukan pelbagai urusan di bawah satu bumbung. PUSPAKOM sentiasa mengutamakan pelanggan dan akan terus menghasilkan inovasi bagi mencapai tahap kualiti perkhidmatan yang tinggi sejajar dengan permintaan pelangga. Sila klik pada gambar untuk maklumat lanjut.

CARTA ALIRAN PROSES PENYEMAKAN DAN KELULUSAN PELAN_bm rev

KLIK

PERKHIDMATAN PENGESAHAN PELAN KENDERAAN

Untuk membina badan dan mengubahsuai sesebuah kenderaan,  pelan teknikal kenderaan yang diluluskan oleh pihak JPJ adalah diperlukan sebelum sesuatu pembinaan badan atau pengubahsuaian ke atas kenderaan boleh dilakukan. Ini adalah bertujuan untuk memastikan setiap badan kenderaan yang dibina dan kenderaan yang diubahsuai  mematuhi kehendak perundangan semasa. 

Untuk mendapat kelulusan JPJ,  pelan teknikal kenderaan perlu dikemukakan melalui syarikat perunding  kepada pihak PUSPAKOM bagi tujuan  penyemakan. Pelan telah disemak dan ditentusahkan oleh PUSPAKOM kemudian akan dikemukakan kepada pihak  JPJ untuk  mendapat kelulusan.

Hanya syarikat perunding yang berdaftar dengan pihak JPJ sahaja yang dibenarkan untuk mengemukakan pelan teknikal kenderaan kepada pihak PUSPAKOM. (Nota: Senarai syarikat perunding boleh dirujuk kepada laman web JPJ iaitu www.jpj.gov.my) 

OBD

KLIK

PERKHIDMATAN ON BOARD DIAGNOSTICS (OBD)

Adakah anda sedar jika komponen kenderaan tidak berfungsi seperti sepatutnya, atau mengetahui makna simbol yang menyala di papan pemuka kenderaan anda? ODB dapat membantu mengenalpasti punca masalah dan juga keadaan keseluruhan kenderaan tersebut.

Keputusan dari OBD juga dapat mengenalpasti dengan tepat prestasi kenderaan serta komponen kenderaan tersebut (tertakluk kepada spesifikasi pengeluar kenderaan).

Termurah di pasaran dengan hanya RM30. Sila daftar masuk di www.mypuspakom.com.my untuk membuat temujanji anda di mana-mana cawangan PUSPAKOM Wangsa Maju, Mak Mandin, Johor Bahru, Kuching dan Kota Kinabalu.

LKM flyer

KLIK

PERKHIDMATAN PERBAHARUAN LESEN KENDERAAN MOTOR

Anda boleh memperbaharui lesen kenderaan motor anda di PUSPAKOM.

Buat permulaan, hanya untuk Kenderaan Persendirian (kecuali e-hailing), Motosikal dan Kenderaan Perdagangan Decontrolled 7,500 kg ke bawah (kecuali kenderaan berpermit seperti bas sekolah, teksi dan lain-lain)

Anda dialu-alaukan untuk mengunjungi kaunter kami di semua cawangan di seluruh negara.

 

posting insurans

KLIK

PERKHIDMATAN PERBAHARUAN INSURANS MOTOR

Anda boleh membeli dan memperbaharui insurans kenderaan anda bersama PUSPAKOM.

Kami menawarkan perkhidmatan pembaharuan insurans untuk kenderaaan persendirian dan perdagangan. Anda dialu-alukan untuk mengunjungi cawangan kami di seluruh negara dan terus ke kaunter untuk pembaharuan segera dengan Liberty Insurance, Etiqa, Allianz, Zurich, Takaful Ikhlas, Pacific Insurance atau Takaful Malaysia.

Sila hubungi 03-2052 7463 untuk maklumat lanjut.

test