Kemaskini Perakuan Pemeriksaan PUSPAKOM (Inspection Disc)
PUSPAKOM ingin memaklumkan kepada pemilik kenderaan komersial bahawa terdapat rekod Perakuan Pemeriksaan (Inspection Disc) yang mungkin perlu dikemaskini bagi memastikan pematuhan peraturan untuk mengekalkan tahap keselamatan dan kualiti perkhidmatan.
Pemilik kenderaan digalakkan untuk menyemak status Perakuan Pemeriksaan (Inspection Disc) dengan mengikuti langkah-langkah berikut:
- Layari checkdisc.puspakom.com.my
- Masukkan nombor pendaftaran kenderaan anda
- Klik “Search”
Dimaklumkan bahawa keputusan pemeriksaan anda yang terdahulu adalah sah dan tidak terjejas oleh kemas kini ini.
PUSPAKOM menghargai perhatian dan kerjasama anda serta mengucapkan terima kasih atas kepercayaan dan sokongan berterusan terhadap perkhidmatan kami.


