Perkhidmatan Pengesahan Pelan Kenderaan

Untuk membina badan dan mengubahsuai sesebuah kenderaan,  pelan teknikal kenderaan yang diluluskan oleh pihak JPJ adalah diperlukan sebelum sesuatu pembinaan badan atau pengubahsuaian ke atas kenderaan boleh dilakukan. Ini adalah bertujuan untuk memastikan setiap badan kenderaan yang dibina dan kenderaan yang diubahsuai  mematuhi kehendak perundangan semasa. 

Untuk mendapat kelulusan JPJ,  pelan teknikal kenderaan perlu dikemukakan melalui syarikat perunding  kepada pihak  PUSPAKOM bagi tujuan  penyemakan. Pelan telah disemak dan ditentusahkan  oleh PUSPAKOM kemudian  akan dikemukakan kepada pihak  JPJ untuk  mendapat kelulusan.

Hanya syarikat perunding yang berdaftar dengan pihak JPJ sahaja yang dibenarkan untuk mengemukakan pelan teknikal kenderaan kepada  pihak PUSPAKOM. (Nota: Senarai syarikat perunding boleh dirujuk kepada laman web JPJ iaitu www.jpj.gov.my) 

test