Pensijilan dan Akreditasi

Prosedur pemeriksaan kenderaan PUSPAKOM adalah diiktiraf dan diperakui melalui Standard Malaysia, MS ISO dan selaras dengan piawaian antarabangsa. Selain itu, peralatan dan teknologi pemeriksaan kenderaan yang digunakan oleh PUSPAKOM juga adalah berdasarkan kepada piawaian dan amalan antarabangsa.

Jenis peralatan yang digunakan di PUSPAKOM diakreditasi oleh makmal antarabangsa yang diperakui dan juga ditentuukur serta disahkan secara berkala oleh badan yang berkompeten.

Pemeriksa Kenderaan di PUSPAKOM adalah berkelayakan dan terlatih dalam bidang automotif yang berkaitan dan perlantikan Pemeriksa Kenderaan memenuhi keperluan Akta Pengangkutan Jalan 1987. Tambahan pula, aktiviti pemeriksaan kenderaan PUSPAKOM dipantau oleh Jabatan Pengangkutan Jalan melalui Petunjuk Prestasi Utama (KPI) serta agensi-agensi lain yang berkaitan.

PUSPAKOM telah menerima pelbagai persijilan dan pengiktirafan. Melalui pematuhan terhadap piawaian dan amalan antarabangsa, PUSPAKOM telah mencapai jaminan kualiti tertinggi dan menerima persijilan serta akreditasi berasaskan industri. Persijilan serta periktirafan ini termasuk:-

Skim Akreditasi Badan Pemeriksa Malaysia (MIBAS) & MS ISO/IEC 17020:2012:
Penilaian pematuhan - Keperluan untuk Operasi Berbagai Jenis Badan Menjalankan Pemeriksaan

MS ISO 9001:2015: Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) 

ISO 39001:2012: Sistem Pengurusan Keselamatan Trafik Jalan Raya (RTSMS)

MS ISO/IEC 27001:2013: Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS)

MS ISO 37001:2016: Sistem Pengurusan Anti Rasuah (ABMS)

test