Soalan Lazim

Mengenai Pemeriksaan

1. Apakah jenis pemeriksaan yang ditawarkan oleh PUSPAKOM?
Kami menawarkan pelbagai pemeriksaan untuk kenderaan perdagangan dan persendirian, dari pemeriksaan mandatori kepada pemeriksaan kenderaan sukarela. Sila rujuk menu "Pemeriksaan" untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai jenis pemeriksaan yang diperlukan untuk kenderaan anda, sila hubungi kami di talian 03- 5101 7000 atau Live Chat bersama kami di laman web ini.
2. Adakah saya sendiri perlu membawa kenderaan untuk pemeriksaan?
Pemilik atau wakil dibenarkan membawa kenderaan untuk diperiksa. Walau bagaimanapun, jika pemilik melantik seorang wakil, sila isikan butiran wakil di MyPUSPAKOM ketika melakukan temujanji. Wakil perlu membawa pengenalan diri seperti Kad Pengenalan atau Passport.
3. Adakah saya perlu membuat temujanji untuk pemeriksaan, dan jika ya, bagaimana saya boleh melakukannya?
Untuk melakukan pemeriksaan, lakukan temujanji terlebih dahulu di MyPUSPAKOM. Layari www.mypuspakom.com.my atau muat turun aplikasi MyPUSPAKOM dari Google Play untuk membuat temujanji anda.
4. Apakah yang akan diperiksa oleh pemeriksa kenderaan semasa pemeriksaan?
Setiap jenis pemeriksaan mempunyai item pemeriksaan yang berbeza. Secara umum, terdapat kira-kira 10 item pemeriksaan utama. Sila rujuk menu "Pemeriksaan" untuk setiap jenis pemeriksaan yang dikehendaki.
5. Berapa lamakah proses pemeriksaan?
Kebanyakan proses pemeriksaan mengambil masa sejam daripada proses pendaftaran pemeriksaan di Kaunter Bayaran.
6. Adakah saya dibenarkan untuk memasuki lorong pemeriksaan untuk menyaksikan proses pemeriksaan?
Bagi tujuan keselamatan dan kesejahteraan pelanggan, pelanggan dinasihatkan untuk menunggu di kawasan menunggu yang disediakan.
7. Berapa lamakah laporan pemeriksaan akan siap?
Sebaik sahaja pemeriksaan selesai, pelanggan akan menerima laporan pemeriksaan. Laporan pemeriksaan yang lulus akan dihantar melalui e-mel yang telah didaftarkan di MyPUSPAKOM / Kaunter Bayaran.
8. Apakah yang perlu dilakukan selepas mendapat laporan pemeriksaan?
Selepas mendapat laporan pemeriksaan yang telah lulus, sila lakukan transaksi seterusnya dalam tempoh sah laku laporan pemeriksaan. Jika gagal, baiki item gagal dan hadir semula pemeriksaan. Anda juga boleh mendapatkan khidmat nasihat daripada Penyelia Operasi / Pengurus Cawangan bagi tindakan yang seterusnya.
9. Bagaimanakah jika saya tidak bersetuju dengan hasil pemeriksaan kenderaan yang dijalankan?
Sekiranya anda mempunyai keraguan mengenai hasil pemeriksaan, sila rujuk Pengurus Cawangan untuk pertanyaan lanjut.
10. Bagaimanakah sekiranya saya kehilangan laporan pemeriksaan atau perakuan pemeriksaan?
Jika anda kehilangan laporan pemeriksaan atau perakuan pemeriksaan, anda boleh mendapatkan semula salinan dokumen tersebut di pusat pemeriksaan kami. Pelanggan digalakkan untuk kembali ke pusat pemeriksaan asal bagi mengelakkan sebarang kesulitan.

Sekiranya laporan pemeriksaan hilang, anda boleh mendapatkan semula salinan dokumen tersebut di pusat pemeriksaan kami dengan bayaran RM10.

Sekiranya perakuan pemeriksaan hilang, anda perlu buat laporan polis dan kembali ke pusat pemeriksaan asal di mana pemeriksaan terdahulu dijalankan untuk mendapatkan salinan perakuan pemeriksaan dengan bayaran RM20.
11. Berapa lamakah tempoh sah laporan Pemeriksaan Tukar Milik?
Laporan ini hanya sah selama 60 hari. Jika telah melebihi tempoh sah 60 hari, kenderaan anda perlu menjalani pemeriksaan yang sama sekali lagi.
12. Perlukah saya hadir pemeriksaan jika cukai jalan tamat tempoh melebihi 1 tahun?
Tidak perlu hadir pemeriksaan PUSPAKOM jika cukai jalan tamat tempoh tidak lebih 3 tahun, terus perbaharui cukai jalan dan insurans kenderaan anda di PUSPAKOM atau mana-mana tempat yang menawarkan perkhidmatan ini. Namun, jika cukai jalan kenderaan melebihi 3 tahun, Pemeriksaan Khas perlu dilakukan.
13. Secara ringkasnya, bagaimanakah proses pemeriksaan kenderaan di PUSPAKOM?
Langkah 1: Sila lakukan temujanji terlebih dahulu di MyPUSPAKOM, pilih tarikh, masa dan pusat pemeriksaan yang diinginkan.
Langkah 2: Hadir pemeriksaan mengikut slot temujanji yang telah ditempah dan bawa bersama dokumen pemeriksaan yang lengkap. Toleransi masa adalah 20 minit awal dan 10 minit lewat daripada masa temujanji.
Langkah 3: Daftar di Kaunter Bayaran dan kenderaan perlu ditinggalkan di lorong pemeriksaan. Anda boleh menunggu di tempat menunggu yang sediakan.
Langkah 4: Kenderaan akan diperiksa oleh Pemeriksa Kenderaan dalam tempoh kurang 1 jam.
Langkah 5: Selesai pemeriksaan, pandu kenderaan ke tempat parkir dan kakitangan kami akan maklumkan keputusan pemeriksaan kenderaan anda di Kaunter Keputusan.
Langkah 6: Anda akan menerima keputusan pemeriksaan secara dalam talian iaitu melalui e-mel yang telah didaftarkan.
Langkah 7: Lakukan transaksi seterusnya dalam tempoh sah laku laporan pemeriksaan.

Perkhidmatan Pemeriksaan Bergerak

1. Apakah Perkhidmatan Pemeriksaan Bergerak?
Perkhidmatan Pemeriksaan Bergerak menawarkan pemeriksaan kenderaan dari pintu ke pintu yang mudah dan selesa. Kami memenuhi keperluan pelanggan untuk individu dan korporat. Pasukan kami sedia berkhidmat dilokasi pilihan anda sendiri.
2. Apakah waktu operasi Perkhidmatan Pemeriksaan Bergerak?
Pasukan kami beroperasi dari Isnin hingga Jumaat, 8:30 pagi - 5:30 petang. Tempah temujanji anda di www.mypuspakom.com.my.
3. Adakah Perkhidmatan Pemeriksaan Bergerak berada di Sabah dan Sarawak?
Ya. Pada ketika ini, kami menawarkan pemeriksaan bergerak di Kota Kinabalu, Sabah dan Kota Samarahan/Kuching, Sarawak.
4. Berapakah kos untuk mendapatkan perkhidmatan pemeriksaan ini?
Bergantung pada jumlah kenderaan, caj perkhidmatan utama bermula dari serendah RM60 setiap kenderaan.
5. Adakah Perkhidmatan Pemeriksaan Bergerak mengeluarkan laporan / keputusan?
Ya, laporan / keputusan akan dikeluarkan selepas pemeriksaan selasai.
6. Adakah saya perlu membuat temujanji untuk menggunakan Perkhidmatan Pemeriksaan Bergerak?
Sila daftar masuk di www.mypuspakom.com.my untuk membuat temujanji anda.
7. Apakah jenis pemeriksaan yang ditawarkan oleh Perkhidmatan Pemeriksaan Bergerak?
Perkhidmatan Pemeriksaan Bergerak menawarkan pelbagai jenis pemeriksaan. Sila rujuk halaman “Pemeriksaan Bergerak” untuk maklumat lanjut.

Maklumat Am

1. Mengapakah keadaan kenderaan yang selamat dipandu di jalan raya itu penting?
Keadaan kenderaan yang sesuai dan selamat dipandu di jalan raya ini penting kerana ianya tidak bersifat kekal. Sesebuah kenderaan itu mungkin sesuai dipandu di jalanraya pada hari ini tetapi tidak esok jika terdapat kegagalan pada komponen kenderaan. Oleh itu, pemeriksaan kenderaan adalah penting untuk memeriksa keadaan kenderaan dan memastikan ia selamat digunakan di jalan raya.
2. Di mana pusat pemeriksaan PUSPAKOM yang terdekat dengan saya?
Terdapat 54 pusat pemeriksaan tetap di seluruh negara dan lebih daripada 26 tapak lawatan. Sila rujuk halaman “Pusat Pemeriksaan” kami untuk mengetahui pusat pemeriksaan berhampiran anda.
3. Apakah waktu operasi pusat pemeriksaan PUSPAKOM?
Semua Pusat Pemeriksaan PUSPAKOM (kecuali di negeri Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu) beroperasi pada hari Isnin – Jumaat, 8.00 pagi – 5.00 petang manakala Pusat Pemeriksaan PUSPAKOM di negeri Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu beroperasi pada hari Ahad – Khamis, 8.00 pagi – 5.00 petang.

Sila layari www.mypuspakom.com.my atau muat turun aplikasi MyPUSPAKOM dari Google Play untuk menyemak tarikh dan slot masa temujanji pemeriksaan kenderaan.
4. Berapakah kos pemeriksaan dan apakah kaedah pembayaran yang ada?
Bayaran pemeriksaan berbeza-beza mengikut jenis pemeriksaan dan jenis kenderaan. Ia bermula dari serendah RM20 hingga RM90 sahaja (tidak termasuk 6% daripada Cukai Jualan dan Perkhidmatan). Kaedah pembayaran adalah Transaksi Tanpa Tunai melalui Kad Debit / Kredit, e-Dompet dan lain-lain transaksi tanpa tunai.
5. Bagaimanakah saya boleh menghubungi PUSPAKOM sekiranya saya mempunyai sebarang pertanyaan?
Sila hubungi kami di 03-5101 7000 dari Isnin hingga Jumaat, 8.30 pagi - 5.45 petang, e-mel kepada kami di customerservice@puspakom.com.my atau Live Chat bersama PUSPAKOM di laman web ini atau di www.mypuspakom.com.my. Wakil khidmat pelanggan kami akan membantu anda.
test