Unit Bergerak Ringan
(untuk komersial ringan)

Pengenalan

Tidak kira di mana anda berada, PUSPAKOM boleh menjalankan pemeriksaan di lokasi anda dengan menggunakan 3 jenis perkhidmatan bergerak kami – Unit Bergerak Trak, Unit Bergerak Trak Ringan  dan Unit Bergerak Van. Kami memastikan perkhidmatan kami memenuhi permintaan pelanggan samada pelanggan individu dan juga korporat.

Pemeriksaan di depan pintu anda

Unit Bergerak Trak Ringan boleh ditempatkan di kawasan yang sempit untuk menjalankan pemeriksaan. Ia juga boleh ditransformasi menjadi menjadi pusat pemeriksaan sama seperti Unit Bergerak Trak.

Ia membantu anda menjimatkan masa dan kos perjalanan membawa kenderaan ke pusat pemeriksaan. Ini akan meningkatkan produktiviti perniagaan anda seterusnya mengurangkan kos operasi.

Laporan pemeriksaan akan dikeluarkan pada hari yang sama.

Fi

Bergantung pada jumlah kenderaan yang diperiksa, caj perkhidmatan bermula dari serendah RM60 setiap kenderaan selain daripada fi pemeriksaan individu

Jenis pemeriksaan dan kenderaan.

Kami menawarkan perkhidmatan seperti Pemeriksaan Berkala, Pemeriksaan Tukar-Milik dan Pemeriksaan Khas. Unit Bergerak Trak Ringan lengkap untuk menjalankan pemeriksaan kenderaan dibawah 5 tan. Perkhidmatan ini disasarkan kepada pemilik kenderaan ringan komersial, peniaga kereta terpakai, kenderaan sekolah memandu dan syarikat sewa kereta

Item pemeriksaan

Pemeriksa kenderaan kami yang terlatih akan memandu kenderaan anda ke lorong pemeriksaan dan menjalankan pemeriksaan.
 • Bahagian pemeriksaan adalah seperti berikut:

Kawasan Liputan

Pada ketika ini, kami hanya menawarkan pemeriksaan bergerak di Semenanjung Malaysia sahaja.

 

 

Why wait? Make an appointment with us

Daftar masuk di www.mypuspakom.com.my untuk membuat temujanji anda.

test