Unit Bergerak Van
(untuk kenderaan persendirian)

Pendahuluan

Tidak kira di mana anda berada, PUSPAKOM boleh menjalankan pemeriksaan di lokasi anda dengan menggunakan 3 jenis perkhidmatan bergerak kami – Unit Bergerak Trak, Unit Bergerak Trak Ringan dan Unit Bergerak Van. Kami memastikan perkhidmatan kami memenuhi permintaan pelanggan samada pelanggan individu dan juga korporat.  

 
Pemeriksaan di depan pintu anda

Unit Bergerak Van bertujuan memberi perkhidmatan eksklusif kepada pemilik kenderaan persendirian atau syarikat-syarikat yang mahu menjalankan pemeriksaan kenderaan pada masa dan tempat pilihan mereka.

Laporan pemeriksaan akan dikeluarkan sebaik sahaja pemeriksaan selesai dijalankan.

Fi

Caj perkhidmatan bermula dari serendah RM100 setiap kenderaan selain darpida fi pemeriksaan individu.

Jenis pemeriksaan dan kenderaan

Kami menawarkan perkhidmatan seperti Pemeriksaan Tukar Hak-Milik dan Pemeriksaan Khas. Ia juga sesuai pemeriksaan untuk kenderaan persendirian.

Item pemeriksaan

Pemeriksa kenderaan kami yang terlatih akan memandu kenderaan anda ke lorong pemeriksaan dan menjalankan pemeriksaan.

  • Bahagian pemeriksaan adalah seperti berikut:

Kawasan Liputan

Pada ketika ini, kami menawarkan pemeriksaan bergerak di semua negeri di  Semenanjung Malaysia, Kota Kinabalu, Sabah dan Kota Samarahan/Kuching, Sarawak.

 

Kenapa tunggu? Buat temujanji dengan kami

Daftar masuk di www.mypuspakom.com.my untuk membuat temujanji anda.

test