Polisi Peribadi

Di PUSPAKOM, kami menghormati privasi anda. Garis panduan untuk melindungi maklumat peribadi anda ketika melawat laman sesawang kami adalah seperti di bawah.

Pengumpulan dan penggunaan maklumat

Kami memgumpul maklumat termasuk data peribadi pengunjung yang melayari laman sesawang kami atau di platform e-aduan atau MyPUSPAKOM. Kami gunakan maklumat ini untuk mengurus-tadbir aktiviti perniagaan, penambahbaikan laman sesawang kami, penyediaan khidmat pelanggan dan mengadakan produk atau perkhidmatan lain kepada pelanggan dan prospek pelanggan. Kami tidak akan mendedahkan maklumat peribadi anda kepada pihak ketiga. Kami tidak mejual, meyewa, atau berkongsi maklumat pelanggan yang diambil daripada laman sesawang kami.

Sekiranya anda memberikan alamat emel dan nombor telefon, anda akan menerima e-mel atau mesej secara berkala , maklumat produk dan perkhidmatan terbaru kami serta program-program yang bakal diadakan. Jika anda tidak mahu menerima e-mel atau panggilan tersebut, anda boleh “opt out” dengan klik pada pautan “Unsubscribe” dalam e-mel atau hantar e-mel kepada kami di: customerservice@puspakom.com.my

Selain itu, web server kami secara automatic akan mengambil maklumat yang anda berikan, di mana nama domain di laman sesawang berikan anda akses internet, alamat IP (Internet Protocol) yang menyambungkan komputer anda dengan Internet, jenis dan versi pelayar, system operasi dan platform, purata masa yang digunakan melayari laman sesawang kami, paparan halaman, informasi yang dicari, masa akses dan statistik lain yang relevan. Kami gunakan maklumat ini untuk memastikan pennguna yang tidak sah tidak dapat mengakses maklumat didalam laman sesawang kami, dan juga untuk mengukur penggunaan laman sesawang bagi tujuan penambahbaikan.

Cookies

Cookies menyimpan data di dalam cakera keras pengguna dan ianya mengandungi maklumat pengguna. Kami mempunyai hak menggunakan cookies di dalam laman sesawang kami. Kami gunakan cookies untuk mengenalpasti kecenderungan dan minat pengguna supaya kami boleh meningkatkan kualiti laman sesawang. Sekiranya pelayar anda menolak cookie, laman sesawang kami masih boleh digunakan.

Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

Anda adalah dengan ini telah dimaklumkan bahawa PUSPAKOM adalah dalam pematuhan Akta Perlindugan Data Perdibadi (PDPA) 2010. Data yang diberikan kepada PUSPAKOM membolehkan kami, agensi kami dan/atau pihak berkuasa memberikan pekhidmatan kepada anda dan anda dianggap memberi kebenaran keatasnya. Dengan melayari laman sesawang kami, kebenaran anda terhadap pengambilan dan penggunaan maklumat tertakluk di bawah Polisi Peribadi. Kami mempunyai hak untuk mengubahsuai Polisi Peribadi ini dan amalan perniagaan yang berkaitan pada bila-bila masa dengan memuat naik teks di laman sesawang ini. Sila semak laman ini secara berkala untuk sebarang maklumat terkini.

Kanak-kanak

Perkhidmatan yang ditawarkan oleh laman sesawang PUSPAKOM atau E-Aduan atau MyPUSPAKOM bukan kepada mereka yang dibawah 18 tahun. Kepada mereka yang dibawah 18 tahun, penggunaan perkhidmatan yang ditawarkan hendaklah mendapat kebenaran ibu bapa atau penjaga. Sekiranya kami menerima maklumat daripada individu dibawah 18 tahun, kami mempunyai hak untuk memadamkannya.

Pengubahan Polisi Peribadi

Kami mempunyai hak untuk mengubahsuai Polisi Peribadi ini dan amalan perniagaan yang berkaitan pada bila-bila masa dengan memuat naik teks di laman sesawang ini. Sila semak laman ini secara berkala untuk sebarang maklumat terkini.

Terima kasih kerana melawat laman sesawang kami dan meluangkan masa membaca Polisi Peribadi ini. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan berkenaan dengan Polisi Peribadi sila hubungi:customerservice@puspakom.com.my

test