Terma dan Syarat

Walaupun setiap perincian telah dilakukan untuk memastikan maklumat itu tepat, kenyataan, teks, artikel, data, imej, skrin, dan bahan-bahan lain yang terdapat di laman sesawang, kami tidak pernah memberi jaminan akan ketepatan, kebolehpercayaan, kualiti, kebenaran, kesesuaian dan kesempurnaan sesuatu bahan. Kami mempunyai hak untuk menambah, memadam atau mengubah bahan-bahan tersebut tanpa memberi notis terlebih dahulu.

Kami tidak boleh menerima apa jua liabiliti terhadap ketidaktepatan atau ketinggalan di dalam laman sesawang. Kami menafikan semua libiliti dalam apa jua keadaan samada secara langsung, tidak langsung,kerugian khas atau kerugian selanjutnya atau kerosakkan yang berpunca secara langsung atau tidak langsung daripada mengakses kepada atau penggunaan laman sesawang dan pengantungan terhadap bahan yang terdapat disitu.

Kami tidak menjamin fungsi atau operasi laman sesawang ini tidak akan mendapat gangguan,, kecacatan akan dibetulkan, atau laman sesawang atau pelayar, bebas daripada virus atau apa jua elemen yang berbahaya.

PUSPAKOM Sdn Bhd adalah pemilik atau pemegang lesen hak cipta di dalam laman sesawang ini, termasuk tidak terhad kepada, (i) semua bahan, dokumentasi, teks , data, grafik, carta, butang, gambar, video, mukataip, muzik, bunyi, kod HTML dan antara muka yang terdapat didalam laman sesawang; dan (ii) reka bentuk, seleksi dan perkiraan di dalam laman sessawang ini, kecuali dinyatakan sebaliknya.
Semua tanda dagangan, tanda service, nama dagangan, logo, dan lain-lain reka bentuk adalah harta tunggal PUSPAKOM Sdn Bhd Apa jua yang terdapat didalam laman sesawang ini, tidak sepatutnya ditafsirkan samada memberi sebarang lesen atau hak menggunakan apa jua tanda tanpa kebenaran daripada PUSPAKOM Sdn Bhd.

Pemeriksaan Kenderaan

Laporan pemeriksaan PUSPAKOM mencerminkan keadaan kenderaan tersebut ketika pemeriksaan dijalankan. Kondisi kenderaan tersebut adalah subjek kepada perubahan diantara ketika permeriksaan dijalankan dengan keadaan ketika kenderaan tersebut dibeli. Perubahan ini boleh disebabkan oleh kerosakkan fizikal kenderaan, modifikasi, pembaikan luaran, pakai dan koyak dan sebagainya. PUSPAKOM tidak bertanggungjawab terhadap apa jua perubahan yang terjadi selepas pemeriksa kenderaan selesai menjalankan pemeriksaan.

test