Untuk Melakukan Tempahan Temujanji
GiCheck
Anda kini boleh membuat temujanji dalam talian untuk mengatur pemeriksaan di semua pusat pemeriksaan PUSPAKOM. Layari www.gicheck.my untuk membuat temujanji anda.
Untuk maklumat lanjut mengenai GiCheck, hubungi 03-5101 7000, Ahad hingga Jumaat 8 pagi - 5 petang atau rujuk kepada FAQ di www.gicheck.my/faq.
Pemeriksaan Bergerak
Bagi perkhidmatan Unit Bergerak Trak dan Unit Bergerak Trak Ringgan (untuk kenderaan perdagangan berat dan ringan), sila membuat temujanji dalam talian melalui www.gicheck.my . Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi 03 – 5101 7000 atau sebagai alternatif, anda boleh e-mel kami di customerservice@puspakom.com.my.
Untuk perkhidmatan Unit Bergerak Van (untuk kenderaan persendirian), anda boleh membuat temujanji melalui www.gicheck.my untuk perkhidmatan pemeriksaan di semua negeri di Semenanjung Malaysia, Kota Kinabalu, Sabah dan Kota Samarahan/Kuching, Sarawak.


