Profil Syarikat

OUR MISSION

WE MAKE ROAD TRANSPORTATION SAFER

OUR VISION

TO BE A GLOBALLY RECOGNISED AUTHORITY IN VEHICLE SAFETY INSPECTION

PROFIL

Puspakom Sdn Bhd (PUSPAKOM) merupakan syarikat pemeriksaan kenderaan yang pertama dan satu-satunya yang dilantik oleh Kerajaan Malaysia untuk menjalankan semua pemeriksaan mandatori bagi kedua-dua kenderaan komersial dan persendirian. Ditubuhkan pada tahun 1994, kami adalah anak syarikat milik penuh DRB-HICOM Berhad.

Peranan utama kami adalah untuk menjalankan pemeriksaan ke atas kenderaan untuk membantu pemilik kenderaan dalam memastikan kenderaan berada di dalam keadaan yang selamat untuk dipandu di atas jalan raya serta memastikan pemilik kenderaan mematuhi peraturan-peraturan dalam memelihara alam sekitar melalui ujian pelepasan asap. Ini akan dilakukan melalui pemeriksaan yang ketat dan teliti terhadap kenderaan untuk memastikan mereka mematuhi peraturan keselamatan Kerajaan.

Setiap tahun, PUSPAKOM menjalankan lebih daripada 3 juta pemeriksaan kenderaan. PUSPAKOM mempunyai rangkaian di seluruh negara di 54 pusat pemeriksaan yang dilengkapi peralatan yang diiktiraf dan dikalibrasi oleh pihak berkaitan dari semasa ke semasa. Selain itu , PUSPAKOM juga mempunyai lebih daripada 25 pemeriksaan secara lawatan yang menyediakan perkhidmatan pemeriksaan kenderaan di kawasan kurang penduduk dan di luar Bandar.

Perkhidmatan Pemeriksaan Bergerak PUSPAKOM terdiri daripada Unit Bergerak Trak, Unit Bergerak Van dan Unit Bergerak Ringan, menyediakan perkhidmatan pemeriksaan kenderaan dari pintu ke pintu kepada pelanggan individu dan korporat kami. Kami bangga memberikan perkhidmatan pemeriksaan kenderaan yang cepat, cekap dan tepat secara profesional.

THE ROAD AHEAD: 2024 & BEYOND

Baca lebih lanjut mengenai Perjalanan dan Pencapaian Korporat kami

Paparan dalam Sway

Baca lebih lanjut mengenai Perjalanan dan Pencapaian Korporat kami

Paparan dalam PDF

test