Pendahuluan
Akta Pengangkutan Jalan 1987 mewajibkan semua kenderaan perdagangan menjalani Pemeriksaan Berkala di PUSPAKOM setiap 6 bulan. Ketika pemeriksaan, kami akan memeriksa bahagian penting kenderaan supaya ia mengikut undang- undang dan standard yang ditetapkan. Pemeriksaan secara berkala dapat membantu mengurangkan kemalangan jalan raya seterusnya menyelamatkan nyawa pemandu, penumpang dan pengguna jalan raya yang lain.
Fi
|
|
|
---|
Dokumen yang perlu dibawa
- Sijil Perakuan Pemeriksaan
- Resit saman atau kompaun Jabatan Pengangkutan Jalan/PG3/Surat pengesahan Jabatan Pengangkutan Jalan (Sekiranya kenderaan gagal hadir pada tarikh yang ditetapkan)
- Sijil daripada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Untuk kenderaan mesin sahaja)
- Kad Pendaftaran Kenderaan (Asal)/ Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC)/ Salinan Kad Pendaftaran Kenderaan (disahkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan atau Pesuruhjaya Sumpah/ Butiran Pendaftaran Kenderaan (dari Jabatan Pengangkutan Jalan)
- TR2 terkini - Laporan Meter Teksi untuk teksi bermeter sahaja
- Laporan VR1 Terkini
- No. Rujukan Permit (EVP) bagi pemeriksaan E-Hailing
Bergantung kepada jenis kenderaan, pelbagai jenis dokumen mungkin diperlukan.
Sekiranya anda memerlukan penjelasan lanjut, sila hubungi kami di 03-5101 7000.
Bahagian pemeriksaan
Pemeriksa kenderaan kami yang terlatih akan memandu kenderaan anda ke lorong pemeriksaan dan menjalankan pemeriksaan.
• Bahagian pemeriksaan adalah seperti berikut:
Identiti
Mengesahkan keaslian kenderaan dengan mengenal pasti nombor pendaftaran, casis dan enjin.
Bahagian Atas Kenderaan
Periksa keadaan bahagian atas badan kenderaan.
Cermin Gelap
Mengukur kadar ketelusan cahaya cermin kenderaan.
Pelepasan Asap
Mengukur tahap pelepasan asap atau gas yang dikeluarkan dari enjin kenderaan untuk memastikan ia tidak melebihi had undang-undang yang ditetapkan.
Gelincir Sisi
Menguji penjajaran tayar dan keberkesanan pengendalian semasa penjajaran sisi.
Lampu Puncak
Mengukur keadaan pancaran cahaya kenderaan.
Suspensi
Menguji prestasi sistem suspensi kenderaan.
Brek
Memeriksa prestasi brek termasuk kecekapan brek dan ketidakseimbangan brek.
Meter Laju
Memeriksa ketepatan meter kelajuan berbanding kelajuan pada roda.
Bahagian Bawah Kenderaan
Memeriksa keadaan bawah kenderaan.
Standard pemeriksaan
PUSPAKOM secara konsisten menyediakan perkhidmatan yang terbaik, dan kami mematuhi piawaian antarabangsa dan jaminan prestasi berkualiti tertinggi dari badan pensijilan dan akreditasi berasaskan industri. Anda boleh merujuk kepada standard pemeriksaan kami di sini.
Pusat pemeriksaan
Klik sini untuk mencari pusat pemeriksaan berhampiran anda.
Kenapa tunggu? Buat temujanji dengan kami hari ini
Bagaimana untuk membuat temujanji? Klik sini
Dapatkan Buku Panduan
Buku panduan ini membantu anda memahami keperluan pemeriksaan.
Klik sini Panduan Pemeriksaan E-Hailing untuk mencetak Buku Panduan
Klik sini Panduan Pemeriksaan Teksi untuk mencetak Buku Panduan
Klik sini Panduan Pemeriksaan Bas untuk mencetak Buku Panduan
Klik sini Panduan Pemeriksaan Ambulans untuk mencetak Buku Panduan
Klik sini Panduan Pemeriksaan Kenderaan Perdagangan (Barangan) untuk mencetak Buku Panduan