Apakah Pemeriksaan Kenderaan Secara Sukarela?
Pemeriksaan Kenderaan Sukarela membantu anda memahami keadaan kenderaan anda supaya anda dapat memahami dengan lebih baik keperluan penyelenggaraan yang diperlukan bagi memastikan kenderaan anda selamat dan layak berada di atas jalan raya. Sama seperti kesihatan kita, pemeriksaan kenderaan membolehkan anda mengesan potensi kerosakan yang ada pada kenderaan anda. Pengesanan awal diikuti dengan pembaikan dan penyenggaraan yang sewajarnya mampu mempertingkatkan keupayaan kebolehpanduan kenderaan anda di jalan raya. Walaupun ia bukan pemeriksaan mandatori di bawah Akta Pengangkutan Jalan, pemilik kenderaan persendirian sentiasa dialu-alukan menjalani pemeriksaan ini di PUSPAKOM.
Fi : RM50.00
Dokumen yang perlu dibawa
Tidak berkenaan.
Bahagian pemeriksaan
Pemeriksa kenderaan kami yang terlatih akan memandu kenderaan anda ke lorong pemeriksaan dan menjalankan pemeriksaan.
• Bahagian pemeriksaan adalah seperti berikut:
Bahagian Atas Kenderaan
Periksa keadaan bahagian atas badan kenderaan.
Gelincir Sisi
Menguji penjajaran tayar dan keberkesanan pengendalian semasa penjajaran sisi.
Cermin Gelap
Mengukur kadar ketelusan cahaya cermin kenderaan.
Bahagian bawah kenderaan
Memeriksa keadaan bawah kenderaan.
Suspensi
Menguji prestasi sistem suspensi kenderaan.
Pelepasan Asap
Mengukur tahap pelepasan asap atau gas yang dikeluarkan dari enjin kenderaan untuk memastikan ia tidak melebihi had undang-undang yang ditetapkan.
Brek
Memeriksa prestasi brek termasuk kecekapan brek dan ketidakseimbangan brek.
Standard pemeriksaan
PUSPAKOM secara konsisten menyediakan perkhidmatan yang terbaik, dan kami mematuhi piawaian antarabangsa dan jaminan prestasi berkualiti tertinggi dari badan pensijilan dan akreditasi berasaskan industri. Anda boleh merujuk kepada standard pemeriksaan kami di sini.
Klik sini untuk maklumat lanjut
Pusat pemeriksaan
Klik sini untuk mencari pusat pemeriksaan berhampiran anda.
Kenapa tunggu? Buat temujanji dengan kami hari ini
Bagaimana untuk membuat temujanji? Klik sini