Pendahuluan
Tidak kira di mana anda berada, PUSPAKOM boleh menjalankan pemeriksaan di lokasi anda dengan menggunakan 3 jenis perkhidmatan bergerak kami – Unit Bergerak Trak, Unit Bergerak Trak Ringan dan Unit Bergerak Van. Kami memastikan perkhimatan kami memenuhi permintaan pelanggan samada pelanggan individu dan juga korporat.
Pemeriksaan di depan pintu anda
Unit Bergerak Van bertujuan memberi perkhidmatan eksklusif kepada pemilik kenderaan persendirian atau syarikat-syarikat yang mahu menjalankan pemeriksaan kenderaan pada masa dan tempat pilihan mereka.
Laporan pemeriksaan akan dikeluarkan sebaik sahaja pemeriksaan selesai dijalankan.
Fi
Caj perkhidmatan bermula dari serendah RM100 setiap kenderaan selain darpida fi pemeriksaan individu.
Jenis pemeriksaan dan kenderaan
Kami menawarkan perkhidmatan seperti Pemeriksaan Tukar Hak-Milik dan Pemeriksaan Khas. Ia juga sesuai pemeriksaan untuk kenderaan persendirian.
Item pemeriksaan
Pemeriksa kenderaan kami yang terlatih akan memandu kenderaan anda ke lorong pemeriksaan dan menjalankan pemeriksaan.
- Bahagian pemeriksaan adalah seperti berikut:

Bahagian atas kenderaan
Periksa keadaan bahagian atas badan kenderaan.

Cermin Gelap
Mengukur kadar ketelusan cahaya cermin kenderaan.

Identiti
Mengesahkan keaslian kenderaan dengan mengenal pasti nombor pendaftaran, casis dan enjin.

Bahagian bawah kenderaan
Memeriksa kondisi bahagian bawah kenderaan.
Kawasan Liputan
Pada ketika ini, kami hanya menawarkan pemeriksaan bergerak di Semenanjung Malaysia sahaja.
Kenapa tunggu? Buat temujanji dengan kami
Daftar masuk di www.mypuspakom.com.my untuk membuat temujanji anda.