Pendahuluan
Kenderaan komersil yang baru atau yang terpakai yang masih belum menukar hak milik dikehendaki menjalani Pemeriksaan Awalan sebelum mendaftar di Jabatan Pengangkutan Jalan bagi memastikan kenderaan tersebut mematuhi standard piawaian pembinaan dan kegunaannya.
Fi
|
|
|
---|
Dokumen yang perlu dibawa
- Kad Pendaftaran Kenderaan (JPJ.K2)/ Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC) untuk kenderaan terpakai sahaja
- Lesen pengangkutan dari Kementerian Pelancongan/SPAD/ Permit Sekolah Memandu*
- Pelan Kenderaan/ PG11A terkini
- Salinan Pedaftaran Perniagaan*
- Surat Jualan daripada Pengedar yang Sah
- Kelulusan Jenis Kenderaan (VTA) Sijil Berat
- T1 - Sijil Kelulusan Meter Teksi daripada JPJ (untuk teksi bermeter sahaja)
- Surat Perakuan Enjin Diesel dari SIRIM*
- Sijil Pembuatan/JPJ.K1*
- AP (Permit Diluluskan - JK69)*
- Borang Eksais Kastam K1 / K7 / K8*
- Surat Kelulusan ("Lampiran B" - untuk bas sahaja)*
- No. Rujukan Permit (EVP) bagi pemeriksaan E-Hailing
*Bergantung kepada jenis kenderaan, pelbagai jenis dokumen mungkin diperlukan.
Sekiranya anda memerlukan penjelasan lanjut, sila hubungi kami di 03-5101 7000.
Bahagian pemeriksaan
Pemeriksa kenderaan kami yang terlatih akan memandu kenderaan anda ke lorong pemeriksaan dan menjalankan pemeriksaan.
• Bahagian pemeriksaan adalah seperti berikut:
Timbang Berat
Mengesahkan berat badan kenderaan mengikut pelan kenderaan yang diluluskan.
Pengukuran
Ukur spesifikasi dan badan kenderaan yang dibina mengikut pelan kenderaan yang diluluskan.
Identiti
Mengesahkan keaslian kenderaan dengan mengenal pasti nombor pendaftaran, casis dan enjin.
Bahagian Atas Kenderaan
Periksa keadaan bahagian atas badan kenderaan.
Gelincir Sisi
Menguji penjajaran tayar dan keberkesanan pengendalian semasa penjajaran sisi.
Cermin Gelap
Mengukur kadar ketelusan cahaya cermin kenderaan.
Brek
Memeriksa prestasi brek termasuk kecekapan brek dan ketidakseimbangan brek.
Meter Laju
Memeriksa ketepatan meter kelajuan berbanding kelajuan pada roda.
Pelepasan Asap
Mengukur tahap pelepasan asap atau gas yang dikeluarkan dari enjin kenderaan untuk memastikan ia tidak melebihi had undang-undang yang ditetapkan.
Suspensi
Menguji prestasi sistem suspensi kenderaan.
Lampu Puncak
Mengukur keadaan pancaran cahaya kenderaan.
Bahagian Bawah Kenderaan
Memeriksa keadaan bawah kenderaan
Standard pemeriksaan
PUSPAKOM secara konsisten menyediakan perkhidmatan yang terbaik, dan kami mematuhi piawaian antarabangsa dan jaminan prestasi berkualiti tertinggi dari badan pensijilan dan akreditasi berasaskan industri. Anda boleh merujuk kepada standard pemeriksaan kami di sini.
Pusat pemeriksaan
Klik sini untuk mencari pusat pemeriksaan berhampiran anda.
Kenapa tunggu? Buat temujanji dengan kami hari ini
Bagaimana untuk membuat temujanji? Klik sini
Dapatkan Buku Panduan
Buku panduan ini membantu anda memahami keperluan pemeriksaan.
Klik sini Panduan Pemeriksaan E-Hailing untuk mencetak Buku Panduan
Klik sini Panduan Pemeriksaan Teksi untuk mencetak Buku Panduan
Klik sini Panduan Pemeriksaan Bas untuk mencetak Buku Panduan
Klik sini Panduan Pemeriksaan Ambulans untuk mencetak Buku Panduan
Klik sini Panduan Pemeriksaan Kenderaan Perdagangan (Barangan) untuk mencetak Buku Panduan